Thursday, October 23, 2008

Rumusan

Sekolah saya terletak di Taman Kaya. Kawasan yang rata ini telah membolehkan kawasan perumahan, perniagaan, perindustrian, kemudahan sosial, pendidikan dan jalan raya dibina.
Kami perhatikan kawasan Taman Kaya telah dirancang dengan baik. Kawasan ini mempunyai banyak rumah teres 2 tingkat, rumah banglo dan kondominium. Kedai-kedai menyediakan banyak jenis perkhidmatan seperti dobi, membaiki kereta, restoran, pusat alat tulis, pusat tuisyen. Terdapat juga tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan taman permainan.
Saya bersyukur kerana belajar di sebuah sekolah menengah yang telah dirancang dengan baik. Sekolah ini lengkap dengan semua kemudahan dan dapat menyediakan peluang pelbagai pendidikan. Sistem pengangkutan yang lengkap telah membolehkan guru dan pelajar di sini bekerja dan belajar di sekolah ini.

1 comment:

Anonymous said...

谢谢你哦!
李老师。。。
^^