Thursday, October 23, 2008

Kawasan Kajian

Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa terletak di Taman Kaya, iaitu di Jalan Ipoh, Mukim Batu di Wilayah Persekutuan. Kawasan ini di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kawasan perumahan ini terletak di sebelah barat laut Kuala Lumpur, iaitu terletak kira-kira 5 kilometer dari Kuala Lumpur. Perhatikan Peta 1 yang menunjukkan Daerah, Peta 2 yang menunjukkan kedudukan sekolah saya di Taman Kaya. Kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya adalah Taman Rainbow, Taman Impian, Taman Bamboo, Taman Kuching, Taman Million dan lain-lain.
Keluasan sekolah saya ialah kira-kira 37798.46 meter persegi. Sekolah saya telah dimajukan di Setapak pada tahun 1919. Selepas tahun 1981, sekolah saya memindah ke Taman Kaya. Sebelum sekolah saya dibangunkan, kawasan ini adalah kawasan pertanian, kebun sayur-sayuran.

No comments: