Wednesday, October 22, 2008

Bab 41 Kepentingan Pelbagai Sumber

Pengenalan

Kepentingan sumber-sumber negara ialah membekalkan bahan mentah, menyediakan peluang pekerjaan dan lain-lain lagi.


Bahan Mentah

Di Malaysia, bahan mentah dan bahan asas digunakan untuk industri hiliran.Cthnya, kayu balak diproses dijadikan kayu gergaji dan venir.Kayu pokok bakau dijadikan kayu api, bahan binaan dan industri menyamak kulit bintang.
  • Batang nibung---tiang rumah dan cerucuk kelong
  • Daun pokok nipah---atap
  • Kayu putih dan kuinin---ubat tradisional
Sarawak adalah negeri pengeluar terbesar kayu balak di Malaysia
  • Sumber mineral petrolum ditapis---bahan bakar.
  • Minyak mentah digunakan untuk menghasilkan bahan yang lain dalam industri petrokimia seperti cat, plastik dan sebagainya.
  • gas asli---industri pembuatan baja urea
  • Petroleum&gas asli---menghasilkan tenaga eletrik terma&bahan api terpenting di Malaysia
  • Kaolin---barangan seramik seperti jubin tembikar
  • Bauksit---bahan mentah asa aluminium
  • Tembaga(kuprum)---industri pembuatan dawai eletrik
  • Bijih timah---industri saduran, pembungkusan dan mengetin makanan
  • Fosfat diperoleh dari tahi kelawar untuk membuat baja.Cthnya di Gua Niah&Gua-gua Mulu
  • Batu Mama---sejenis bantuan yang diperoleh drp batu kapur&penting dalam industri pembinaan

Pekerjaan

Pekerjaan dalam pelbagai jabatan kerajaan yang berkaitan dgn pengurusan hutan seperti Jabatan Perhutanan dan P{ERHILITAN


Pendapatan Negara

Pemiliki lombong memperoleh keuntungan, pekerja mendapat pendapatan bulanan dan negara mendapat hasil dalam bentuk cukai individu dan cukai syarikat


Pembukaan Kawasan Baru

Sumber alam menjadi pendorong kpd pembukaan kawasan baru&mewujudkan petempatan kecil
  • Petroleum---Kertih,Terengganu& Miri, Sarawak
  • Gas asli---Paka&Kertih, Terengganu& Bintulu, Sarawak
Penerokan hutan utk kegiatan pertanian telah membangunkan kawasan petempatan baru seperti pembukaan tanah rancangan FELDA, KEROJA, KETENGAH& DARA

pembukaan tanah-tanah baru ini telah mewujudkan petempatan terancang, petempatan yang dilengkapi kemudahan infrstruktur, kawasan penanaman kelapa sawit
  • Kuprum---Mamut


Infrastruktur

Penerokan sumber di Malaysia telah menggalakkan pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jaringan jalan pengangkutan, komunikasi, bekalan air dan bekalan eletrik, kesihatan serta pendidikan
Kegiatan perlombongan petroleum di luar pantai Kertih:
  1. menggalakkan pembinaan Lebuh Raya Jerangau bagi menghubungkan Kuantan dengan Kuala Terengganu
  2. pembinaan landasan kereta api dari Kertih ke Pelabuhan Kuantan
Penerokan gas asli telah menggalakkan pembangunan dan perkembangan pesat Pelabuhan Bintulu.Pembinaan Empangan Temengor, Empangan Kenyir serta Empangan Batang Ai telah menyebabkan pembinaan jalan raya ke kawasan pedalaman tersebut


Hubung Kait Kepentingan Penerokan Sumber kepada Pembangunan Negara

Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping dan Seremban yang kaya dengan bijih timah telah membangun sebagai bandar.Penerokan sumber telah meningkatkan pembinaan infrastruktur di negara kita

No comments: