Thursday, October 23, 2008

Dapatan Kajian

Di kawasan Taman Kaya terdapat sistem pengangkutan seperti jalan raya dan jalan kereta api. Jalan raya yang terdapat di kawasan kajian ialah seperti Jalan Ipoh, Jalan Kuching, Jalan Kepong, manakala lebuhraya pula ialah Lingkaran Tengah 2 (MRR II). Terdapat juga Komuter dan LRT di Sentul, Segambut dan Titiwangsa berhampiran kawasan ini.
Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan Taman Kaya ialah bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan kemudahan pendidikan.
Bentuk muka bumi Taman Kaya adalah rata dan luas. Hal ini membolehkan jalan raya dibina dengan mudah.
Faktor kedua ialah kegiatan ekonomi. Perkembangan ekonomi seperti kompleks-kompleks perdagangan, perkilangan kereta dan lain mewujudkan jaringan pengangkutan di kawasan kajian.
Faktor ketiga ialah kemudahan pendidikan. Perkembangan pendidikan seperti tadika-tadika, pusat tuisyen, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Lai Chee, Sekolah Menengah Perempuan dan sekolah saya. Kawasan persekolahan memudahkan penduduk yang tinggal di kawasan ini, tetapi menyebabkan kesesakan lalulintas di kawasan kajian.
Jaringan pengangkutan jalan raya, bas, teksi, LRT, komuter memainkan peranan penting dalam mobiliti penduduk dan pelajar. Kemudahan tersebut memudahkan penduduk dan pelajar berulang-alik ke tempat kerja dan sekolah.
Kesan negatif perkembangan pengangkutan ke atas alam sekitar ialah pencemaran udara. Ini disebabkan pelepasan asap kenderaan khususnya daripada kenderaan sekolah yang mengandungi plumbum dan karbon dioksida.
Pertambahan bilangan kenderaan turut meyumbang kepada berlakunya kesesakan lalulintas di kawasan kajian terutamanya ketika waktu bermula dan waktu lepas sekolah.
Berlaku pencemaran udara dan kesesakan lalulintas yang agak teruk kerana kadar pelepasan asap terutama dari kenderaan yang menggunakan minyak diesel seperti bas sekolah. Kita sepatutnya berkongsi kereta atau menggunakan kenderaan awam kerana di samping dapat memelihara alam sekitar daripada dicemari oleh asap, habuk dan debu, kita dapat menjimatkan perbelanjaan seharian.

No comments: